Friday, 3 May 2013

Rancangan Pengajaran Harian


MATAPELAJARAN     : Matematik

KELAS                         : Tahun 3 Agathiyar

TARIKH                        : 30 APRIL 2013

MASA                           : 10.15 – 10.45 pagi ( 30 minit)

BIDANG                       : Nombor dan Operasi

TAJUK              : Nombor Bulat hingga 10 000

STANDARD KANDUNGAN         : Murid dibimbing untuk :

                                                       1.4. Menentukan nilai tempat

STANDARD PEMBELAJARAN : Murid berupaya untuk:

                                                        (i)   Menamakan nilai tempat bagi setiap digit dalam 

                                                               Sebarang nombor hingga 10 000.

                                                        (ii)   Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor

                                                                Hingga 10 000.  

                                                        (iii)  Mencerakinkan sebarang nombor dalam:

(a)     Sebutan ribu,ratus, puluh dan satu.

(b)     Bentuk panjang yang menunjukkan nilai setiap digit.

OBJEKTIF        : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1)       Menamakan nilai tempat bagi setiap digit dalam sebarang nombor

Hingga 10 000.

2)       Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 10 000.

3)       Mencerakinkan nombor dalam sebutan ribu,ratus,puluh dan sa.

 

 

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1. Persediaan
 
Pemerhatian dan Analisis
a. Murid menyebut satu kumpulan nombor dipaparkan pada kad imbasan.
Contoh:   
                   573
b. Minta murid berbincang mengenai
    nombor yang dipaparkan.
    i.   Boleh minta murid berbincang dari
         segi kuantiti dan penggunaannya
         dalam kehidupan seharian.
c.  Ulang aktiviti  a dan b dengan nilai
     nombor yang lain seperti  322,1740,
     6476 dan 7321.
i.   Sebutkan nombor ini.
 
ii.  Ceritakan berkaitan 
     dengan nombor ini.
2. Imaginasi
 
 
   Penjana Idea
 
 
 
 
 
 
 
Sintesis Idea
a.  Minta murid menyebut nombor pada
     kad nombor.
     Contoh :
                      4872
      i.   Minta murid menyebut nombor
           yang dipaparkan. 
      ii.  Minta murid menggariskan nilai
           tempat bagi nombor yang disebut.
           Empat ribu lapan ratus tujuh
             Puluh dua.                                   
 
 b.  Jelaskan kepada murid kedudukan
      dua dalam nombor itu berada di nilai
      tempat “ sa”.
 c.  Minta murid meletakkan nilai tempat
      bagi setiap angka di kad nilai tempat
      yang disediakan.
       
4
8
7
2
Ribu
Ratus
Puluh
Sa
 
  d.  Pertingkatkan kefahaman murid           
       dengan meminta murid menyebut
       nombor tersebut ,kemudian  menulis
       setiap angka mengikut nilai digit.
       Contoh:
Empat ribu lapan ratus tujuh puluh dua
       
 
 
  4000          800                      70       2
 
 e.  Minta murid mengisi nombor  4872
      ke dalam kad nilai digit seperti
      contoh di bawah:
 
 
4
8
7
2
Nilai digit
4000
800
70
2
 
f.    Ulang aktiviti di atas dengan
       menggunakan nilai seperti berikut:
       
       4573 , 7321 , 6476 dan 1740.
 
i.    Sebut nombor yang
       terdapat pada kad
       imbasan dengan jelas.
 
ii.   Sebutkan nama nilai tempat bermula dengan nilai tempat sa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     i.  Sila sebut nilatempat
         bagi nombor yang
         ditunjukkan oleh
         guru.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
3. Perkembangan
Penambahbaikan
a.  Minta murid melihat dan menyebut
     nombor pendaftaran kereta guru
     yang paling hampir dengan kelas.
 

 
  
b.  Murid minta mencatat nombor                    
     pendaftaran kereta tersebut.
 
           5567
 
c.  Secara kumpulan minta murid                
     menulis nilai digit dan nilai tempat
     bagi 5567 pada kad manila yang
     disediakan.
 
d.  Ulang aktiviti  a hingga  c dengan
     menggunakan plat kereta guru yang
      lain.
                                                                                   
 
 
 
 
 
 
 
 
4. Tindakan
 
Pelaksanaan
 
Amalan Berterusan
a.   Perkukuhkan kefahaman murid
      dengan menyatakan nilai tempat
      dan nilai digit dalam bentuk
      cerakinan.
     
      Contoh :
 
       5678
       Sebagai
       5 ribu+6 ratus+7 puluh+8 sa
       Juga
        5000+600+70+8
 
b.   Ulang aktiviti a dengan nombor  lain
       seperti :  7068 , 6543 , 8962
 
c.    Edarkan lembaran kerja kepada
       setiap murid.
d.    Bincangkan hasil kerja murid.
  i. Galakkan murid
      selesaikan soalan
      secara perbincangan.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dilembaran kerja,
Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
 
Nilai dan Sikap
Berhati-hati dan tekun.
 

 

 

 
NAMA : ………………….................

KELAS :  Tahun 3  Agathiyar                 TARIKH :……….....
 

NYATAKAN NILAI TEMPAT DAN NILAI DIGIT BAGI

ANGKA YANG BERGARIS.
 

BIL.
NOMBOR
NILAI TEMPAT
NILAI DIGIT
1.
8723
 
 
2.
6019
 
 
3.
457
 
 
4.
2313
 
 
5.
1155
 
 
6.
2076
 
 
7.
8169